Surah Terakhir
About this Book
SELURUH penduduk kampung gempar. Tiba-tiba muncul seorang gadis jelita di rumah janda tua yang tinggal di hujung kampung. Gadis yang tinggi lampai berambut panjang, berwajah bujur sirih dengan lesung pipit di hujung pipi, sering kelihatan di muka jendela rumah Mak Peah.
Matanya yang bundar merenung langit cerah dan dia akan melemparkan senyuman ke arah sesiapa sahaja yang melintasi rumah uzur itu. Ada yang terserempak dengannya ketika menyusur jalan kampung. Ada juga yang selalu melihatnya mengikut Mak Peah ke baruh mengutip pucuk paku. Malah, ada juga yang melihat dia mencuci pakaian di sungai atau menyapu sampah di halaman.
Sesekali wajah jelita ini muncul di surau kampung, mengikut Mak Peah bersembahyang jemaah dan mendengar kuliah yang disampaikan para penceramah. Siapa dia?
Source: View Book on Google Books